 |
jangan la menipu , nanti hidung panjang macam pinokio . =_= |
assalamualaikum . ok hari ini kita akan berbincang pasal ditipu dan menipu . apa pandangan korang erk pasal tipu ? tipu itu kan sesuatu yang tak elok ? boleh ke korang terima kalau ornag yang menipu tu cakap dia tipu sunat ? korang rasa wujud ke tipu sunat itu ? bagi aku pulak tak kesah la tipu sunat ke memang sengaja nak tipu ke . kalau dah tipu tu tetap dipanggil penipu . aku memang tak boleh la kalau orang yang menipu ini . memang pantang nenek moyang aku kalau ada yang menipu ni . *yeke nenek moyanga aku macam tu ? LOL sebab aku rasa macam tak patut je tipu menipu ni semua . tapi setiap manusia tak terlepas dari sikap ni cuma bezanya banyak dengan tak banyak je . aku pun dua kali lima je . tapi aku tak berapa selalu sangat la kan nak menipu ni . kalau aku rasa patut baru la aku menipu . *sorry ye siapa yang penah kena tipu dengan aku . mungkin ada sebab kenapa aku buat macam tu . tu semua untuk kebaikan korang juga . yeke ? bukan untuk kepentingan diri sendiri ? haha . aku pun tak pasti sangat . tapi aku rasa memang tak patut kalau menipu benda yang simple-simple semata-mata nak jaga hati orang tu atau tak nak orang tu sedih . buat tambah dosa je . korang tak rasa ke ? dan lagi satu aku tak suka bersubahat untuk menipu ni . tak pasal-pasal aku pun dapat dosa sebab bersubahat . tolong la henti kan perbuatan ini kerena ia tidak akan memberi kebaikkan untuk jangka masa yang panjang . kalau die boleh menipu orang lain di hadapan kata kau , kenapa tidak satu hari nanti dia akan menipu korang juga ? atau dia sudah pun menipu ? siapa tahu ? aku tidak menuduh , cuma memberi pandangan . sesungguhnya hanya DIA lah yang Maha mengetahui segala-galanya . marilah kita berdoa bersama-sama supaya kita di jauh kan dari sikap ini atau dari orang yang bersikap sebegini . amin !
Petunjuk-petunjuk Penipuan
Untuk menggunakan petunjuk-petunjuk di bawah dengan berkesan, adalah berguna sekiranya anda mengetahui bahasa badan biasa bagi ‘suspek’ anda
Sentuhan pada wajah – Penipu atau pelakon biasanya akan menyentuhbahagian bawah muka mereka, seperti menggaru-garu hidung, menyentuh bibir atau dagu mereka. Ini adalah satu naluri semulajadi manusia, seperti mana seorang kanak-kanak menutup mereka apabila mereka menipu, hanya ia telah berkembang dengan usia kepada satu perbuatan yang tidak begitu ketara.
Tapak tangan – Penipu atau pelakon selalunya cuba menyembunyikan tangan mereka. Ini juga satu tindakan semulajadi. Tangan di belakang badan atau di dalam poket adalah satu petunjuk.
Pergerakan mata – Mata seseorang yang tidak jujur akan bergerak-gerak banyak ke sana ke sini bagi mengelakkan pandangan anda. Bagaimanapun, merenung mata anda terlalu lama juga adalah satu isyarat kepada satu penipuan. Ini berlaku kerana penipu atau pelakon berkenaan telah menyedari bahawa pergerakan mata mereka adalah satu isyarat penipuan dan mereka cuba mengawalnya.
Pergerakan – Ekspresi diri biasanya kaku. Mereka yang menipu atau berlakon akan kurang menggerakkan tangan mereka dan menggunakan ruang yang sedikit. Semua perbuatan fizikal mereka biasanya akan menggunakan ruang yang lebih sedikit berbanding dengan keadaan biasa.
Topik percakapan – Seorang penipu akan selalu menukar-nukar topik percakapan, penipu berasa selesa bertukar topik dengan harapan penipuannya telah dipercayai. Jika jujur, seseorang akan rasa pelik mengapa topik yang serius tadi telah berubah. Dia (seorang yang jujur) akan mengetepikan perubahan topik itu dan menyambung perbualan asal.
Mengelak dari jawapan langsung – Penipu kadang-kadang memberikan jawapan yang boleh diputar-belit dari memberi jawapan langsung. Ini membolehkan mereka mengelak dari menipu lagi dengan tidak membuat jawapan yang berbentuk pengakuan. Dengan berbuat demikian, ia memberi mereka kemungkinan kembali kepada jawapan mereka dan mengubahnya.
Anak mata – Anak mata biasanya akan membesar apabila menipu atau berlakon; ini kerana tindak balas badan yang membebaskan hormone adrenalin semasa keadaan menipu. Perkara ini bergantung kepada tahap penipuan yang dibuat. Penipuan yang kecil atau helah kecil tidak akan memberi kesan ini.
Ekspresi diri – Ekspresi diri hanya terhad kepada bahagian mulut sahaja, contohnya, jika seorang penipu cuba senyum, dia hanya akan menggunakan otot-otot tertentu berbanding senyuman semulajadi yang menggunakan otot-otot dari seluruh wajah.
Penggunaan objek – Penipu akan bermain-main dengan barang milik mereka seperti beg tangan, gelang tangan, telefon bimbit atau rambut mereka sendiri. Mereka juga akan meletakkan objek penghalang antara diri mereka dan orang yang bercakap dengan mereka, selalunya dengan benda yang seringkas secawan kopi. Ini satu cara bawah sedar untuk cuba membenteng diri mereka untuk mengurangkan tekanan semasa menipu.
Nada suara – Nada suara seorang penipu biasanya tidak konsisten dengan pergerakan atau percakapannya.
Sindiran – Mereka yang tidak jujur selalu menggunakan sindiran apabila menjawab pertuduhan.
Tidak masuk akal – Kata-kata penipu selalunya tidak masuk akal dan percakapan mereka jadi tunggang langgang. Ini kerana otak penipu berkenaan sedang bertungkus lumus mencari jawapan menyebabkan kata-kata mereka jadi berbelit-belit dan tunggang langgang.
Cara berdiri atau duduk – Mereka yang menipu atau berlakon biasanya berasa tidak selesa berdiri atau duduk setentang dengan orang yang ditipu. Mereka mungkin mengelak dari duduk atau berdiri dengan keadaan bahu mereka (kedua-dua bahu kiri dan kanan) setentang dengan bahu anda. Sebaliknya mereka akan cuba berdiri atau duduk sedikit mengiring atau tidak setentang dengan anda.
Terlalu banyak butiran – Orang yang tidak jujur akan menambahkan butiran-butiran yang tidak berkaitan kepada perbualan, sebagai satu cubaan untuk mengambil hati orang yang lawan bercakap dengannya.
Bersifat defensif – Orang yang bersalah biasanya menjadi defensif pada saat pertama dituduh manakala orang yang jujur akan menjadi marah (ofensif) apabila dituduh.
hehehe . so korang kenal tak penipu-penipu yang pernah menipu korang ? aku copy paste je yang petunjuk-petunjuk tu . aku search kat google je . sebenarnya lain yang aku cari lain yang keluar . tapi macam ada best je nak share kat sini . tu yang copy paste tu . jangan mara ye tuan punya blog . hehehe aku amek dari blog ni . klik kat
SINI .
p/s : kepada sesiapa yang suka menipu tu , buang la sikap tu jauh-jauh ye . tak tujukan kat siapa-siapa pun . saja je nak buat entri macam ni . cuma terfikir je . tu yang buat tu . hehe .