Saturday, November 5, 2011

How To Make A Girl Smile


sebenarnya senang je nak buat perempuan ni tersenyum..perempuan ni lembut hatinya,cuma anda perlu tahu cara nak lembutkan hati si dia sahaja....anda tengok la gambar kat atas ni, ada lapan contoh yang boleh buat perempuan tersenyum....

1. cakap je si dia cantik ke, comel ke, lawa ke, ayu ke, kurus ke, apa-apa la yang positive...lagi-lagi masa si dia tak akan sangka yang anda akan cakap macam tu kat si dia. contohnya, macam waktu si dia tengah kelam kabut nak pergi date dengan anda kan, anda dah sampai, tapi si dia baru balik keje or kelas or baru bangun tido kan, mesti la si dia akan kelam kabut kan, so bersiap ala kadar je la kan sebab tak nak anda tunggu dia lama-lama...cuba anda cakap "WOW! YOU LOOK SO GORGEOUS, BABY~~!!" mesti die macam malu-malu kucing.. miawwww~~

2. bagi saya la, kalau bangun tido mesti saya check fon dulu, ada mesej tak? ada orang call tak? cuba kalau bangun-bangun tidur je dapat mesej "GOOD MORNING, ANJE! iloveyou more than iloveyou yesterday! :)" tak pon anda bagi la mesej yang sweet-sweet kan.. ala, kat facebook kan sekarang dah banayk page pasal quotes..anda bukak la facebook kejap, cari quotes yang best-best...

3. anda boleh juga nyanyi kan untuk si dia..sekarang dah ramai dah yang saya tengok suka nyanyi, ada yang pandai main gitar lagi, anda nyanyi kan la untuk si dia, kalau nak lagi romantik, main kan gitar sekali, tapi lagu yang hendak dinyanyikan tu mesti la bersesuaian... kalau nak pujuk si dia, jangan la nyanyi lagu beribu sesalan ke, kebahagian dalam perpisahan ke, sebab bagi saya la, saya suka hayati lirik lagu tu...kalau lagu macam tu buat saya berfikir, dia menyesal ke? dia nak berpisah ke?hahaha bagi saya la kan. tak tahu la bagi orang lain.anda mungkin boleh nyanyi lagu muka buku ke, talking to the moon ke.. hah, kalau nak lagi romantik, anda boleh buat lagu untuk si dia..mesti si dia suka gila! kalau boleh, lirik dia tu biar la berkaitan denagn si dia, dan mesti la jujur...HAHA @_@

4. anda boleh buat simple note yang comel-comel untuk si dia.. lepas tu letak la dalam pocket baju ke, seluar ke, hand bag ke. kalau yang untuk jarak jauh pula, anda boleh la buat surat cinta..mesti dorang terkejutkan sebab tiba-tiba dapat surat cinta! tapi biasanya lelaki ni tak suka yang jiwang-jiwang ni..cukup la sekadar note kan..tak pon anda tulis note seperti “iloveyou”, dan letak dalam pop corn masa tengok wayang...haha >.<

5. yang ke lima...bergurau la dengan si dia...bergurau la apa-apa dengan si dia..saya pon tak pasti nak hurai apa kat point ni...HAHA >.< tapi jangan salah gurau, nanti tiba-tiba je si si dia si diam seribu bahasa. merajuk la tu maknanya...kena pujuk tahu kalau si dia merajuk !! tapi biasanya lelaki ada sahaja yang hendak diguraukannya, kadang-kadang macam cute pon ada bila lelaki bergurau.

6. yang ni serious! tak tipu..lagi-lagi kalau si dia tengah bosan..memang tersenyum abis la..tah-tah sampai ke telinga..haha.. kalau anda buzy sangat pon kan, tak dpat luangkan masa dengan si dia, cuba anda send 1 mesej ke cakap "imissyou!" bukan susah pon nak buat kan,type lapan huruf je.lepas tu send..cuma mahu dengan tidak mahu je. tapi kalau agak-agak anda ni pelupa, set la alarm kat fon, fon anda kan semua canggih-canggih. nothing impossible if you want it!

7. yang ke tujuh ni macam yang tadi saya cakap la. Dekat facebook sekarang dah banyak ayat yang power-power nak usya hati si dia. So tak ada masalah la kan, tapi biasanya bahasa inggeis la. Tapi bagi aku bahasa Inggeris lagi romantik apa. Kalau kita translate kan dalam bahasa melayu macam tak sesuai pulak. Tapi mungkin aku guna direct translation kot! HAHA >.<

8. make her feel special..yang ni senang je..anda boleh la layan si dia macam anak raja (princess) memang si dia akan merasa special la. Tapi biasanya lelaki ni mula-mula je macam tu, tapi dah lama tak ada nya macam tu lagi T_T

9. tambahan dari saya,bagi saya la kan, cukup sekadar anda hargai apa yang si dia buat untuk anda. Dan cuba hargai pasangan anda. Itu sedah memadai untuk membuat si dia tersenyum gembira =^_^=

Berusahalah sebaik mungkin untuk membuat si dia tersenyum, bila si dia gembira pasti anda juga yang bahagia.

p/s: make sure I had forgot this tips when you are trying to do this for me ! <3

0 KuTuKaN:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio