Monday, March 26, 2012

Tamat sudah~! Bermulalah yang baru~!

Assalamualaikum! wah! tamat sudah aku belaja di UTHM! kejap sahaja masa berlalu. Macam tak percaya pula sudah habis. Rasanya macam baru semalam masuk universiti. *nampak sangat tipunya :D
Selamat sudah aku sampai di rumah keluarga aku. Lega rasanya bila berada dirumah. Memang pepatah "Rumahku Syurgaku" amat bermakna. Selamat Tinggal UTHM & Assalamualaikum rumahku~! I'm back!

Minggu depan aku dah mula menjalani latihan industri (LI). aku LI dekat TNB. Seram sejuk juga bila nak LI ini. Maklumlah, aku tidak pernah bekerja sebelum ini. Harap-harap dapatlah aku bekerja dengan penuh berdedikasi dan bertanggung jawab. AMIN! <3

Tetapi yang merungsingkan fikiran aku sekarang adalah permohonan untuk sambunag belajar ke peringkat degree. Dimanakah aku harus menyambungnya. Adakah di UTHM juga? atau di UTM? ataupun UITM Shah Alam? dan kursus apa yang harus aku ambil? kuasa? atau mekatronik? tetapi tidak mungkin komunikasi kerana aku tidak begitu minat dalam komunikasi. >.<  what should i do? any suggestion for me?

tapi masalahnya hati aku kosong! tidak tahu! T_T

dan akhir sekali aku nak ucapkan selamat bercuti untuk kawan-kawan aku. dan nak minta maaf atas segala kesilapan aku dan halal kan makan minum aku. walaupon mereka tidak tahu blog aku, tapi nak ucap juga! hihik! :P good luck in future guys! panjang umur jumpa lagi~ sayonara~! :)

to my beloved BF, ILOVEYOU! that's all! love love love! <3 eh nak minta maaf juga la dekat awak!
saya minta maaf la kalau saya ada buat salah dan silap dengan awak. dan halalkan makan minum saya okey? terima kasih awak!  <3 =^_^=

awesome statement! <3 Alhamdulillah! thanks you Allah! :)
everything happen for a reasons. so stop complaint it! just accept it! :)

p/s: aku ingin mencuba menulis dalam BTM (Bahasa Melayu Tinggi) *cehh! bm pon failed! ada hati nak tulis dalam BTM! tetapi aku harus mencuba, kalau kita tidak mencuba kita tidak tahu kebolehan kita! semoga berjaya NUR AQILAH!  aku sarankan korang baca buku Diari Mat Despatch oleh Baharuddin Bakri. seriously awesome!

1 KuTuKaN:

Hattori said...

mcm aku xtaw je blog qila ni...
dr sem 1 lagdh taw...huhuhu

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio